Pages


SENANGNYA MEMASAK

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

MaRILaH kITA BErSaMA-sAmA mENjEnGUk dapurmama ...SemOgA semUa DapAt MaNafAAtnYa...

Wednesday, 1 May 2013

masak lemak nangka muda

Assalamualaikum dan Salam Semua 1 Malaysia...

Alhamdulillah..hari ini dapurmama berkesempatan untuk menjenguk blog yang dah lama sepi kerana kesibukan sebagai penjawat awam yang bermacam-macam perlu dibereskan disamping tugas sebagai wanita..!@ mama kepada anak-anakku yang comel..

Kebetulan petang semalam pergi ke rumah seorang kenalan rapat dan ibunya telah memberikan nangka muda untuk dibawa pulang..Apa lagi...seronoklah...hari ni kan cuti...1 Mei..hari pekerja@hari buruh...hihi.

Nangka muda free dapurmama nak masak lemak ...dah lama tak makan..best jugak...so...apalagi..

Bahan-bahannya....

~ 1 keping nangka muda..dipotong dan dicelur ( utk hilangkan getah pada nangka) dan toskan .
~ 2 biji bawang kecil - ditumbuk hancur
~ 1 ulas bawang putih -ditumbuk hancur
~ 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk hancur
~ 1 ekor ikan kembung yang dipanggang/rebus @ udang kering- kalau suka
~ 1 keping asam gelugur/asam keping,
~ sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup - ditumbuk hancur
~ secawan santan pekat
~ secawan air kosong
~ sedikit gula, garam, perasa,

Cara-caranya..
# masukkan semua bahan kedalam periuk dan rebus sehingga santan menggelegak...pastikan sentiasa dikacau dan api hendaklah kecil supaya santan tak berkumpul.kat atas periuk..( menunggu nak keluar je).kalau santan dah berasingan ngan air..maka taklah lemak lauk kita ni...

# bila santan dah menggelegak..masukkan nangka yang dah dicelur masak sekejap sehingga menggelegak sekejap..teruslah ditutup api. Jangan lama sangat nanti pecah minyak..tak sedapppp...

SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK-ADIK YANG BARU NAK BELAJAR MEMASAK....
nangka masak lemak