Pages


SENANGNYA MEMASAK

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

MaRILaH kITA BErSaMA-sAmA mENjEnGUk dapurmama ...SemOgA semUa DapAt MaNafAAtnYa...

Thursday, 24 November 2011

HATI MASAK KICAP

Assalamualaikum w.b.t
Salam 1 Malaysia.....


Selamat kembali ke dapurmama..
Pagi ni dengan hujan yang tak henti sejak semalam, terfikir apakah lauk yang hendak dihidangkan untuk anak-anakku serta my hubby...


Ku jenguk dalam fridge..terpandang ada seketul hati yang diberi oleh ibu tersayang semasa sembelihan hari raya korban tempohari..


Emm..so..ku keluarkan hati lembu itu dan inilah lauk untuk makan tengahari keluargaku..


Masakannya simple aje...tak sampai 1/2 jam sudah siap diatas dapur..


bahan-bahan


 1/2 kg hati lembu dipotong saiz yang dikehendaki
2 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inchi halia - dikisar
1 sudu cili giling/cili boh
2 sudu kicap manis
1 batang kulit kayu manis


1 biji bawang besar dipotong bulat 
cili padi/cili merah dipotong - suka pedas..guna cili padi..


gula, garam, minyak masak




cara memasak


 #panaskan minyak...tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau..bila sudah agak masak bawang tadi..masukkan cili giling dan kulit kayu manis..masak lagi sehingga cili nampak garing sikit...


# selepas itu masukkan kicap, gula dan garam secukup rasa serta hati yang telah dipotong dan dibersihkan tadi dan juga segelas air..(agak-agaklah supaya hati tu boleh empuk) 


# biarkan diatas dapur dan sehingga air kering dan lauk hati masak..masukkan bawang yang dipotong bulat dan cili tadi..kacau sekejap dan tutuplah api..SIAPPPPPPPPPP  untuk satu jenis lauk....emmmmmm 


anak-anakku amat suka dengan lauk ini..
amyxie888hatimasakkicap

Wednesday, 23 November 2011

NASI GORENG IKAN BILIS

Salam 1 Malaysia
salam semua...sudah lama dapurmama tak update kerana kekangan masa..
pagi ni dapurmama cuma masak breakfast yang simple tapi mengeyangkan perut kami sekeluarga ..terutama anak-anak ku... lagi pun nasi semalam banyak yang tak habis dimakan.

Maklumlah sekarang pun musim tengkujuh sudah melanda pantai timur..

Hujan yang berlarutan membuat perut mereka sentiasa lapar... terutama my twin...baru je makan...boleh dia cakap  '' mama, adik lapor''..

So ''nasi goreng ikan bilis + daging goreng kunyit + telur dadar'' breakfast yang tepat untuk anak-anakku yang sentiasa lapar...
Saya tahu resepi ni memang semua orang tahu ,di sini saya harap dapat berkongsi dengan adik-adik  yang kesuntukan masa..untuk memasak....



BAHAN-BAHAN UNTUK NASI
# nasi putih secukupnya
# 2 ulas bawang putih - ditumbuk hancur
# 2 biji bawang kecil    - ditumbuk hancur
# 3 biji cili padi - ditumbuk hancur 
# 1 mangkuk kecil ikan bilis - ditumbuk kasar
# 2 biji telur
# sawi yang dipotong
# garam secukupnya


cara memasak
- panaskan minyak..bila minyak sudah panas..pecahkan telur ....kacau hingga jadi telur scramble...
- masukkan semua bahan diatas..goreng sampai nasi kering sikit..
- bolelah dihidangkan dengan daging goreng kunyit dan telur dadar.


BAHAN-BAHAN UNTUK DAGING GORENG KUNYIT


# daging  dihiris nipis
# 1/2 inchi kunyit hidup - ditumbuk kasar
# 4 biji cili padi                - ditumbuk kasar
# garam secukup rasa
# 1 biji bawang besar dipotong bulat
# 1 cawan air


cara memasak


- panaskan minyak, masukkan semua bahan- tumis sekejap...masukkan daging dan masukkan secawan air...masak sampai daging empuk dan air kering..


SELAMAT MENCUBA


 SEMUAAAAA....