Pages


SENANGNYA MEMASAK

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

MaRILaH kITA BErSaMA-sAmA mENjEnGUk dapurmama ...SemOgA semUa DapAt MaNafAAtnYa...

Thursday, 24 November 2011

HATI MASAK KICAP

Assalamualaikum w.b.t
Salam 1 Malaysia.....


Selamat kembali ke dapurmama..
Pagi ni dengan hujan yang tak henti sejak semalam, terfikir apakah lauk yang hendak dihidangkan untuk anak-anakku serta my hubby...


Ku jenguk dalam fridge..terpandang ada seketul hati yang diberi oleh ibu tersayang semasa sembelihan hari raya korban tempohari..


Emm..so..ku keluarkan hati lembu itu dan inilah lauk untuk makan tengahari keluargaku..


Masakannya simple aje...tak sampai 1/2 jam sudah siap diatas dapur..


bahan-bahan


 1/2 kg hati lembu dipotong saiz yang dikehendaki
2 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inchi halia - dikisar
1 sudu cili giling/cili boh
2 sudu kicap manis
1 batang kulit kayu manis


1 biji bawang besar dipotong bulat 
cili padi/cili merah dipotong - suka pedas..guna cili padi..


gula, garam, minyak masak




cara memasak


 #panaskan minyak...tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau..bila sudah agak masak bawang tadi..masukkan cili giling dan kulit kayu manis..masak lagi sehingga cili nampak garing sikit...


# selepas itu masukkan kicap, gula dan garam secukup rasa serta hati yang telah dipotong dan dibersihkan tadi dan juga segelas air..(agak-agaklah supaya hati tu boleh empuk) 


# biarkan diatas dapur dan sehingga air kering dan lauk hati masak..masukkan bawang yang dipotong bulat dan cili tadi..kacau sekejap dan tutuplah api..SIAPPPPPPPPPP  untuk satu jenis lauk....emmmmmm 


anak-anakku amat suka dengan lauk ini..
amyxie888hatimasakkicap

No comments:

Post a Comment