Sudah lama dapurmama tak updated blog masakan yang tak seberapa ini. Hari ini dapurmama akan berkongsi satu masakan tradisional dari negeri pantai timur. Masakan ini memang kegemaran kami sekeluarga.
makanan yang dapurmama ingin berkongsi ialah
"Ketupat Sotong"
bahan-bahan yang diperlukan ialah
1 kg sotong - bersihkan dan buang kulit sotong supaya ia nampak putih
1biji bawang kecil - dimayang halus
1 inci halia - dihiris halus
secawan beras pulut - dicuci dan rendam sekejap dalam sedikit santan
300g santan
segelas air
sedikit halba
garam
gula
lidi untuk dicucuk pada sotong
cara memasak
ketupat sotong
* masukkan beras pulut 1/3 dalam sotong dan dicucuk dengan lidi supaya beras pulut tidak terkeluar dari badan sotong- jangan diisi penuh nanti bila direbus beras pulut akan terkeluar * maskkan semua sotong yang telah siap diisi dengan beras pulut ke dalam periuk yang diisi air dan direbus sehingga beras pulut masak* apabila sotong dan pulut sudah masak direbus. masukkan santan dan semua bahan lain dan dimasak dengan api yang perlahan sambil dikacau
* bila santan sudah menggelegak sekejap, padamkan api
Akhir sekali . . . .HiDaNG. . . yuMmY!!!!
Selamat Mencuba. . .amyxie888ketupatsotong
No comments:
Post a Comment