Sudah lama saya tak updated blog dapurmama..kesuntukan masa tak mengizinkan saya berkongsi masakan yang dihidangkan untuk keluarga.
Tapi hari ini saya cuba mencuri sedikit masa untuk berkongsi masakan yang saya hidangkan untuk makan tengahari keluarga .
Ini merupakan lauk kegemaran keluarga kami jugak...iaitu ''ikan pari''...hari ini saya masak ''singgang pedas ikan pari''
bahan-bahan
1 ekor ikan pari sederhana besar...dipotong mengikut saiz yang disukai
1/2 inci lengkuas
1/4 inci kunyit
2 biji bawang kecil
1 biji bawang putih
4 biji cili padi..(kalau suka pedas boleh tambah lagi)
sedikit belacan
daun kesom
2 keping asam keping
garam
cara-cara
- tumbuk semua bahan hingga hancur kecuali belacan,daun kesom dan asam keping.
masukkan bahan yang siap ditumbuk tadi kedalam periuk yang berisi ikan pari, masukkan air agak-agak ikan pari itu terendam sahaja. jangan terlalu banyak air nanti tak manis rasa kuah. belacan, asam keping, garam dan daun kesom dimasukkan lalu direbus ikan pari hingga masak.
cubalah..sedap dan menyelerakan
No comments:
Post a Comment