Pages


SENANGNYA MEMASAK

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

MaRILaH kITA BErSaMA-sAmA mENjEnGUk dapurmama ...SemOgA semUa DapAt MaNafAAtnYa...

Sunday, 24 February 2013

tenggiri masak lemak cili api

 Salam 1 Malaysia...


" masak lemak cili api "..nama lauk ni atau masakan ni memang dah sinonim dengan orang nogori...hee..hehe...pedasnya memang tak tahu nak cakaplah...

dapurmama pernah makan masakan ni semasa pergi ke rumah seorang teman kat Negeri Sembilan...tergaru-garu kepala kami sekeluarga kerana kepedasannya....hahaha..

bila teringatkan peristiwa tu..nak tergelak pulak sebab, ingatkan kepedasannya macam dapurmama masak kat rumah.

" masak lemak cili api" versi  Teganung kita..berbeza dengan Nogori Sembilan....So, kali ni jom dapurmama share resepi ..

Bahan-bahannya..

 - 4 keping ikan tenggiri..( boleh jugak guna ikan lain..cita rasa masing-masing yee)
- 1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
- 2 biji bawang kecil - ditumbuk halus
- 2 batang serai - ditiik
- 5 biji cili padi - ditumbuk hancur
- 1 keping asam gelugur
- sedikit kunyit, garam


Cara-Cara membuatnya..

masukkan kesemua bahan kedalam periuk kecuali ikan . masak guna api yang perlahan dan selalu dikacau agar santan tidak berketul. Bila santan telah mendidih brulah masukkan ikan tadi..dan kacau perlahan-lahan agar ikan tidak hancur...bila sudah menggelegak..tutup api dan bolehlah dihidangkan...

selamat mencuba semua...tenggiri masak lemak cili api





Wednesday, 13 February 2013

Puding Triffle


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...dessert yang dapurmama nak kongsi kali ini.. memang dah biasa dibuat oleh semua orang...iaitu "Puding Triffle"Jom kita berkongsi resepi...


Bahan untuk 10 org makan.
1 tin susu cair
1 tin susu air
6 sudu gula
4 sudu kastard
½ tin air ( untuk dicampur dengan kastard)
1 paket  agar-agar jelly  kristal – jenama nona
1 tin buah campuran
½  kek gulung
400ml air

Cara-cara membuatnya..
1.  Potong kek dan susun dalam bekas yang sesuai dan disiram dengan air buah campuran.

2.  campurkan susu cair dengan 1 tin air..di masak dengan api kecil hingga mendidih, hendaklah selalu dikacau. Apabila sudah mengelegak susu barulah masukkan kastard yang telah dibancuh dengan ½ tin air tadi. Kacau sehingga pekat.

3. Tuangkan kastard ke dalam bekas yang telah disusun kek tadi.
4. Susun / taburkan buah-buahan campuran ke atas kastard tadi.


4. Masakkan 1 paket agar-agar jelly kristal bersama 400ml air, biar menggelegak sekejap. Apabila dah sejuk sedikit..tuang perlahan-lahan keatas kastard tadi.

5. Pukul whipping cream sehingga kental daln masukkan ke dalam piping beg..dapurmama menggunakan nozzle bintang untuk membuat bunga seperti di atas. Picit whipping cream atas jelly mengikut kreativiti masing-masing.

6. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan...sbb sedap dimakan apabila sejuk.

SELAMAT MENCUBA.....

Tuesday, 12 February 2013

Kek Lapis Oreo

Salam semua..Salam 1 Malaysia. Hari ni dapurmama mula nak updated blog...hehehe...sorry sebab lama menyepikan diri. Kali ini dapurmama nak berkongsi resepi " Kek Lapis Oreokek lapis oreo". Resepi ini dapurmama perolehi dari rakan sepermaianan maya iaitu  Ziehan Sapie...hihi

Resepinya ialah...

- 1 cwn t.gandum
- 1/3 cwn holick
- 5 biji telor
- 1/2 cwn gula halus
- 200gm majerin
- 1/3 cwn susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanila
- pewarna ikot suke
- biskut oreo secukupnye,buang krim yg ditengah2 tau
CARA2NYA;

- ayak tepung gandum dgn holick dan ketepikan dulu.
-pukul majerin dgn gula sampai kembang pastu masukkan telor satu persatu kemudian masukkan susu dan pukul lagi.


- masukkan tepung yg di ayak dgn holick tadi sikit2 sampai habis masukkan esen vanila pukul sampai sebati.
- bahagikan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna ikut kesukaan.

- sapu loyang dgn majerin, kemudian masukkan adunan tadi bahagian petama ratakan dan susun biskut oreo tadi dan kukus selama 10 minit.
- dah masak masukkan bahagian ke 2 tadi ratakan dan susun biskut oreo. kukus 10 minit dan seterusnye selang selikan yg terakhir nanti pastikan jgn disusun oreo biarkan kosong kukus lame sikit dlm 15 minit.cucuk dgn lidi kalau nak tahu masak ke tidak.selamat mencuba.