Pages


SENANGNYA MEMASAK

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

MaRILaH kITA BErSaMA-sAmA mENjEnGUk dapurmama ...SemOgA semUa DapAt MaNafAAtnYa...

Wednesday, 13 February 2013

Puding Triffle


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...dessert yang dapurmama nak kongsi kali ini.. memang dah biasa dibuat oleh semua orang...iaitu "Puding Triffle"Jom kita berkongsi resepi...


Bahan untuk 10 org makan.
1 tin susu cair
1 tin susu air
6 sudu gula
4 sudu kastard
½ tin air ( untuk dicampur dengan kastard)
1 paket  agar-agar jelly  kristal – jenama nona
1 tin buah campuran
½  kek gulung
400ml air

Cara-cara membuatnya..
1.  Potong kek dan susun dalam bekas yang sesuai dan disiram dengan air buah campuran.

2.  campurkan susu cair dengan 1 tin air..di masak dengan api kecil hingga mendidih, hendaklah selalu dikacau. Apabila sudah mengelegak susu barulah masukkan kastard yang telah dibancuh dengan ½ tin air tadi. Kacau sehingga pekat.

3. Tuangkan kastard ke dalam bekas yang telah disusun kek tadi.
4. Susun / taburkan buah-buahan campuran ke atas kastard tadi.


4. Masakkan 1 paket agar-agar jelly kristal bersama 400ml air, biar menggelegak sekejap. Apabila dah sejuk sedikit..tuang perlahan-lahan keatas kastard tadi.

5. Pukul whipping cream sehingga kental daln masukkan ke dalam piping beg..dapurmama menggunakan nozzle bintang untuk membuat bunga seperti di atas. Picit whipping cream atas jelly mengikut kreativiti masing-masing.

6. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan...sbb sedap dimakan apabila sejuk.

SELAMAT MENCUBA.....

No comments:

Post a Comment