Pages


SENANGNYA MEMASAK

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

MaRILaH kITA BErSaMA-sAmA mENjEnGUk dapurmama ...SemOgA semUa DapAt MaNafAAtnYa...

Wednesday, 21 September 2011

KUETEAU DAGING HALIA

salam 1 malaysia...


dapurmama hari ni...macam biasalah..cuma ni rancangan saya untuk makan malam keluarga saya...


hari ini dapurmama nak masak makanan yang simple iaitu..''kueteau daging halia''


so..tak dapatlah dikongsi pic masakan ini..kerana belum buat lagi...petang ini baru nak masak...hehehe..


di sini saya cuma nak kongsi resepi je...tapi yang pastinya...masakan ini memang sedap..ummpphh


bahan-bahan



  • 1 bungkus kueteau...utk makan 3 org
  • 200g daging batang pinang...coz daging bahagian ini lembut dan sedap
  • 1 tangkai daun bawang
  • sedikit haliamuda--ditumbuk
  • 2 sudu besar  sos tiram
  • 1 ulas bawang putih...diketuk
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1/2 cawan air
  • 1kiub pati ayam/daging
  • sedikit serbuk lada hitam...saya lebih suka tumbuk lada hitam hingga halus
  • garam, minyak masak

cara membuatnya..
  1. panaskan sedikit minyak masak dan goreng kueteau sekejap...angkat dan toskan
  2. daging diketuk hingga lembut dan hiris nipis...gaulkan dengan sos tiram, halia, serbuk lada hitam dan kicap pekat...perap sekejap
  3. tumis bawang putih hingga garing..masukkan daging, air dan goreng hingga hampir kering
  4. akhir sekali bila daging dahmasak dan hampir kering...masukkan kueteau dan daun bawang...goreng selama 2 minit sahaja..untuk sebatikan ...
  5. akhir sekali.... HIDANG dan MAKANNNNNNNNN
sedapkueteau daging halia dimakan panas-panas...


ACAR TELUR DAN TIMUN

assalamualaikum ...dapurmama hari ini  masak lauk yang buat kami sekeluarga ''pecah liur'' orang terengganu cakaplahhh..
apa yang ''pecah liur'' ni ialah  lauknya masam-masam manis dan pedas sikit...


biasanya saya cuma gunakan timun je untuk buat acar...tapi hari ini saya masukkan telur rebus yang digoreng sekejap untuk dijadikan lauk yang dimasak bersama timun.


emmmmm...caranya memang mudah ...orang bujang yang tak pandai masak pun boleh buat ....bahannya pun tak banyak sangat...saya pun guna 1 biji saja timun batang..orang terengganu sebut''timun 40 hari''..agaknya..tanam 40 hari je ..terus boleh dipetik...hahahha..itu anggapan saya jeee...fakta salah kottt...


BAHAN-BAHANNYA

  • 1 batang timun yang dipotong dan direndam sekejap dengan air kapur

  • 1 biji bawang besar dan 2 ulas bawang putih----dikisar/tumbuk
  • 1/2 inci halia--di hiris nipis
  • 1 biji bawang besar---dipotong 6.
  • cili kisar/cili serbuk
  • 1 sudu sos tomato
  • cili--kalau nakpedas..masukkan cili api
  • telur rebus yang digoreng sekejap
  • garam, gula, cuka






CARA MEMASAK



  • tumis bahan yang dikisar bersama dengan cili kisar/cili serbuk dan halia..pastikan bahan ini garing supaya tak terasa bawang
  • bila sudah garing..masukkan sos tomato,cuka,gula, garam sedikit air..masukkan timun dan biarkan masak sekejap
  • akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong..cili api dan telur yang digoreng  tadi...
  • SIAPPPPPPPPPPPPPPPPPP..


'' BeSt....''acar telur dan timun

Monday, 19 September 2011

MAKARONI BAKAR

hari ni saya nak kongsi satu resepi yang mudah dibuat untukminumpetang atau boleh dijadikan sarapan pagi dari dapurmama. juadah ini senang sahaja..dan saya pasti rakan semua yang minat memasak tidak akan kecewa setelah mencubanya..


resepi yang ingin saya kongsi ialah ''makaroni bakar''


bahan-bahannya


..
200g makaroni direbus hingga lembut


300g udg hidup


300g ayam


1 biji cili merah


50g cendawan butang dihiris nipis


100g parutan keju ceddar


1/2 cawan daun kucai dipotong


3 ulas bwg putih

BAHAN KASTARD
5 biji telur gred A


200ml susu cair


2 camca besar mentega cair


2 camca teh tepung gandum


1 camca teh garam


1 camca teh gula


1 camca teh serbuk lada sulah


sedikit oregano( kalau x de pun takpe)

CARA-CARANYA

tumis bawang putih ...masukkan udg ..bila dh 



masak..masukkan pula daging ayam yang dipotong 


kecil..
dalam bekas besar satukan semua bahan untuk kastard 


gaul rata menggunakan wisk dan ketepikan.
satukan kastard kedalam bahan lain dan bakar selama 


30/35 minit...suhu 180 darjah celcius...

bila sudah masak..biarkan sejuk...dan potong ..bolehlh 



dimakan dengan cili sos..








Sunday, 18 September 2011

SENANGNYA MEMASAK

saya bina blog dapurmama ini kerana hobiku suka memasak...minat memasak mula timbul apabila saya melihat mak mertua saya menyediakan package katering...fooh...pelbagai jenis lauk pauk dia buatkan...seronok melihat kesungguhan dia..tambah lagi dengan sokongan...dan  dorongannya agar saya belajar pelbagai jenis kuih..

saya sentiasa  mengikuti aktiviti memasak daripada pelbagai persatuan yang dianggotai oleh mak mertua...dia seorang yang aktif...dalam berpersatuan.