dapurmama hari ni...macam biasalah..cuma ni rancangan saya untuk makan malam keluarga saya...
hari ini dapurmama nak masak makanan yang simple iaitu..''kueteau daging halia''
so..tak dapatlah dikongsi pic masakan ini..kerana belum buat lagi...petang ini baru nak masak...hehehe..
di sini saya cuma nak kongsi resepi je...tapi yang pastinya...masakan ini memang sedap..ummpphh
bahan-bahan
- 1 bungkus kueteau...utk makan 3 org
- 200g daging batang pinang...coz daging bahagian ini lembut dan sedap
- 1 tangkai daun bawang
- sedikit haliamuda--ditumbuk
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 ulas bawang putih...diketuk
- 1 sudu kecil kicap pekat
- 1/2 cawan air
- 1kiub pati ayam/daging
- sedikit serbuk lada hitam...saya lebih suka tumbuk lada hitam hingga halus
- garam, minyak masak
cara membuatnya..
- panaskan sedikit minyak masak dan goreng kueteau sekejap...angkat dan toskan
- daging diketuk hingga lembut dan hiris nipis...gaulkan dengan sos tiram, halia, serbuk lada hitam dan kicap pekat...perap sekejap
- tumis bawang putih hingga garing..masukkan daging, air dan goreng hingga hampir kering
- akhir sekali bila daging dahmasak dan hampir kering...masukkan kueteau dan daun bawang...goreng selama 2 minit sahaja..untuk sebatikan ...
- akhir sekali.... HIDANG dan MAKANNNNNNNNN
sedapkueteau daging halia dimakan panas-panas...
No comments:
Post a Comment