Assalamualaikum pada semua yang masih setia dengan dapurmama. Pada hari ini dapurmama ingin berkongsi juadah untuk berbuka puasa.."puding Buih"
bahan yang diperlukan
* sebungkus agar-agar
* 6 gelas air
* 4 sudu gula
* 1 sudu esen vanilla
* 5 biji putih telur
* sedikt pewarna...ikut citarasa sendiri , dapurmama kali ini guna 2 warna iaitu merah dan hijau
# masak agar-agar dengan air sehingga larut baru masukkan gula dan esen vanilla dan pewarna yang dipilih ( dapurmama guna warna merah dan hijau )bila sudah mendidih dan gula sudah larut..biarkan sejuk sedikit..kali ni dapurmama bahagikan pada 2 bahagian..baru masukkan warna yang dikehendaki.
# putih telur hendaklah di kisar sehingga putih...maksudnya apabila diterbalikkan bekas...putih telur tadi tidak jatuh, selepas itu masukkan sedikit demi sedikit agar-agar yang sudah hampir sejuk tadi sehingga habis..pastikan mixer selalu berputar agar putih telur tadi sebati dengan agar-agar...buatlah sampai habis..pastikan semua sebati dengan mengacau selalu..barulah dimasukkan kedalam bekas.
untuk sos/kuah
* 1/2 tin susu cair
* 1/2 tin gula
* 2 1/2 gelas air
* 3 sudu tepung kastad
* 5 biji kuning telur
* 1 tin buah-buahan campuran
# masak dengan api perlahan iaitu bahan seperti susu cair,gula dan air..( tepung kastad dicampur dengan air agar tidak berbintil)
# apabila sudah mendidih campurkan tepung kastad tadi dan kacau sehingga mendidih sekali lagi.
masukkan buah-buahan campuran kemudian tutup api.
No comments:
Post a Comment