Assalamualaikum .... salam 1 malaysia
panas betul cuaca hari ni...fooh..sedap kalau dapat makan makanan yang buat tekak rasa sejukk...di pikir-pikir..takkan nak telan ais...hahahha..koya betul aku ni...
emmm so dapurmama terpikir masak dessert untuk petang ni... " puding tauhu" sedap jugak yeee.....
oklah inilah bahan untuk "puding tauhu"
A) 1/2 paket agar-agar bertali
6 gelas air
# masak bahan A diatas hingga hancur
B) 4 gelas santan
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 sudu serbuk perasa kelapa ( jenama Nona)
C) 1 tin buah laici/ koktel
# campurkan semua bahan B
CARA-CARANYA
- apabila bahan A sudah hancur..masukkan bahan B ke dalam periuk bahan A, masak hingga mendidih sekejap sahaja..biarkan suam-suam sikit barulah dituang kedalam bekas yang berkenan dihati.
SIRAP
2 cawan gula + 4 gelas air + air buah laici + daun pandan..masak sehingga gula hancur...
# apabila puding sudah sejuk, barulah taburkan buah laci/koktel atas pudingpuding tauhu
kemudian masukkan sirap secara perlahan-lahan..hati-hati tau..then simpan dalam peti ais...apabila hendak makan barulah dicedok...hihi..makan sejuk2 sedaappppp..CUBALAHHH..BERBALOI BUAT PUDING NIII...
No comments:
Post a Comment