Pages


SENANGNYA MEMASAK

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

MaRILaH kITA BErSaMA-sAmA mENjEnGUk dapurmama ...SemOgA semUa DapAt MaNafAAtnYa...

Saturday, 29 October 2011

BAKSO

salam 1 malaysia...
hari ini dapurmama  ingin berkongsi satu lagi resepi yang mudah..cepat dimasak sedap dimakan,
ini kerana masakan in tak memerlukan banyak bahan yang remeh .


bahan bahan untuk bakso

  • daging cincang
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  •  1 biji telur
  • 1 sudu tepung jagung/tepung ubi
campur semua dan bulat-bulatkan 

untuk kuah
  • 2 biji bawang merah
  • s ulas bawang putih
  • 1'' halia
  • 1 batang serai - diketuk
  • rempah sup
  • tulang lembu
  • lada sulah
  • serbuk perasa
  • garam
-tumbuk semua bahan kecuali serai.
-tumis bahan tumbuk hingga kuning dan wangi baunya, masukkan air, tulang lembu, lada sulah, garam, serbuk perasa dan serai.
-biarkan mendidih dan masukkan daging yang dibulat-bulatkan.
-apabila daging timbul menunjukkan daging tersebut telah masak.

# taugeh
# kubis dihiris halus
#sambal kicap- cili kecil ditumbuk hancur dan dicampur dengan kicap
#beehoon dicelur

apabila hendak makan..masukkan beehoon kedalam mangkuk..bersama dengan taugeh dan kubis..letakkan kuah bakso dan sambal kicap



sudah siap untuk dimakan..dapurmama harap dapat memberi idea kepada semua wanita.




Thursday, 27 October 2011

KEK PISANG


assalamualaikum pada yang masih sudi menjenguk dapurmama,
sudah lama saya tak updated dapurmama dengan resepi yang biasa dibuat oleh orang lain jugak.  


oleh kerana hobi, saya telah menggunakan kemudahan dan kecanggihan ICT untuk kebaikan kita bersama. 
sebagai wanita atau ibu yang bekerjaya..mungkin masa amatlah terhad untuk didapur...oleh itu disini saya kongsikan resepi yang mudah...mudah untuk dibuat dan tidak memerlukan masa yang lama untuk hidangan keluarga...


so hari ini saya ingin kongsikan ''kek pisang'' yang saya perolehi dari resepi zairul azian...terima kasih kerana sudi berkongsi resepi dengan kita semua.








BAHAN-BAHAN

7 biji pisang berangan 
1 cwn minyak masak/mazola
2 sd kecil soda bikarbonat
5 biji telur
2 cawan gula halus
1 sudu kecil esen pisang
3 cawan tepung gandum(ayak dengan soda)
secubit garam

CARA-CARANYA
-pukul telur dengan gula sampai gula hancur dan kembang
-kemudian masukkan esen dan minyak masak...kacau lagi
-masukkan pisang dan gandum yang diayak....kacau guna senduk kayu bila sudah sebati..masukkan dalam loyang yang telah dilengser dengan margerin
-bakar hingga masak dengan kepanasan 160darjah celcius selama 1 jam lebih kurangkek pisang





                                                                                                                                                                                                                                                                         


Saturday, 8 October 2011

KUEY TEOW GORENG BASAH

kuey teow goreng basahhari ni seharian di  IPGM Dato' Razali Ismail...
keletihan..tapi kelaparan..hehehe,


kesian anak-anak ku yang manis...seharian ditinggalkan bersama pengasuh..


malam ini mama akan memasak makanan yang simple tapi kenyang untuk mereka..dapurmama sekali lagi akan berkongsi resepi untuk kita semua..


''kuey teow goreng basah''


bahan-bahan

  • sebungkus kuey teowkuey teow goreng basah
  • 100g udang
  • taugeh
  • 2 ulas bawang putih...di tumbuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan stok ayam
  • garam,gula...secukup rasa
  • minyak masak

cara membuatnya..

  1. panaskan minyak masak dalam kuey teow kuali,tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga garing.
  2. masukkan udang,sos tiram,kicap pekat, stok ayam, garam dan gula...biar mendidih sebentar.
  3. kemudian masukkan kuey teow dan taugeh...biarkan 3 minit..
  4. siap untuk dihidangkan


Wednesday, 5 October 2011

SAMBAL UDANG PETAI

sambal udang petai
salam semua...


Dah lama saya tak updated blog dapurmama..kekangan masa...hari ini saya nak share resepi yang simple jugak..''senang dimasak...sedap dimakan''..hehehe.....tapi saya pasti semua sudah pandai memasak lauk ini...


kami sekeluarga memang suka ''makanan laut''..apa yang penting...kami sekeluarga...memang suka ''udang'' dan my twin pulak suka jugak ''petai''. 


so saya gabungkan ''udang dan petai'' untuk memenuhi selera mereka...








ok..walaupun semua dah tau...saya cuma nak kongsi sahaja resepi ini di dapurmama...manalah tau..kot-kot ada yang baru nak belajar memasak....




'' SAMBAL UDANG PETAI''


Bahan-bahan..


1/2 kilo udang...saiz terpulang pada penggemar...
2 papan petai...ikut suka berapa banyak nak masukkan
2 biji bawang besar..dikisar hancur
2 ulas bawang putih..dikisar hancur
2 sudu cili kering yang dikisar hancur
sedikit air asam jawa
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
sedikit halia...dikisar hancur
sedikit kunyit hidup ...dikisar hancur
sedikit minyak masak...untuk menggoreng
secubit belacan
sedikit air
gula,garam secukup rasa


1 biji bawang besar di mayang bulat
1 biji cili dipotong serong


cara-cara memasak


1. Panaskan minyak dalam kuali..
2. Bila minyak sudah panas..masukkan semua bahan yang dikisar hancur masukkan gula..biarkan sekejap sehingga bahan tersebut betul-betul masak.
3.Bila  bahan tadi sudah garing..masukkan air asam jawa..sos tomato, sos cili,petai dan belacan..masak sekejap, baru masukkan udang yang telah dibersihkan dan sedikit air..biarkan sehingga masak
4. Akhir sekali masukkan garam dan bawang dan cili yang dipotong..biarkan sekejap....siapppppppppppp untuk dihidang...sambal udang petai

Wednesday, 21 September 2011

KUETEAU DAGING HALIA

salam 1 malaysia...


dapurmama hari ni...macam biasalah..cuma ni rancangan saya untuk makan malam keluarga saya...


hari ini dapurmama nak masak makanan yang simple iaitu..''kueteau daging halia''


so..tak dapatlah dikongsi pic masakan ini..kerana belum buat lagi...petang ini baru nak masak...hehehe..


di sini saya cuma nak kongsi resepi je...tapi yang pastinya...masakan ini memang sedap..ummpphh


bahan-bahan



  • 1 bungkus kueteau...utk makan 3 org
  • 200g daging batang pinang...coz daging bahagian ini lembut dan sedap
  • 1 tangkai daun bawang
  • sedikit haliamuda--ditumbuk
  • 2 sudu besar  sos tiram
  • 1 ulas bawang putih...diketuk
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1/2 cawan air
  • 1kiub pati ayam/daging
  • sedikit serbuk lada hitam...saya lebih suka tumbuk lada hitam hingga halus
  • garam, minyak masak

cara membuatnya..
  1. panaskan sedikit minyak masak dan goreng kueteau sekejap...angkat dan toskan
  2. daging diketuk hingga lembut dan hiris nipis...gaulkan dengan sos tiram, halia, serbuk lada hitam dan kicap pekat...perap sekejap
  3. tumis bawang putih hingga garing..masukkan daging, air dan goreng hingga hampir kering
  4. akhir sekali bila daging dahmasak dan hampir kering...masukkan kueteau dan daun bawang...goreng selama 2 minit sahaja..untuk sebatikan ...
  5. akhir sekali.... HIDANG dan MAKANNNNNNNNN
sedapkueteau daging halia dimakan panas-panas...


ACAR TELUR DAN TIMUN

assalamualaikum ...dapurmama hari ini  masak lauk yang buat kami sekeluarga ''pecah liur'' orang terengganu cakaplahhh..
apa yang ''pecah liur'' ni ialah  lauknya masam-masam manis dan pedas sikit...


biasanya saya cuma gunakan timun je untuk buat acar...tapi hari ini saya masukkan telur rebus yang digoreng sekejap untuk dijadikan lauk yang dimasak bersama timun.


emmmmm...caranya memang mudah ...orang bujang yang tak pandai masak pun boleh buat ....bahannya pun tak banyak sangat...saya pun guna 1 biji saja timun batang..orang terengganu sebut''timun 40 hari''..agaknya..tanam 40 hari je ..terus boleh dipetik...hahahha..itu anggapan saya jeee...fakta salah kottt...


BAHAN-BAHANNYA

  • 1 batang timun yang dipotong dan direndam sekejap dengan air kapur

  • 1 biji bawang besar dan 2 ulas bawang putih----dikisar/tumbuk
  • 1/2 inci halia--di hiris nipis
  • 1 biji bawang besar---dipotong 6.
  • cili kisar/cili serbuk
  • 1 sudu sos tomato
  • cili--kalau nakpedas..masukkan cili api
  • telur rebus yang digoreng sekejap
  • garam, gula, cuka






CARA MEMASAK



  • tumis bahan yang dikisar bersama dengan cili kisar/cili serbuk dan halia..pastikan bahan ini garing supaya tak terasa bawang
  • bila sudah garing..masukkan sos tomato,cuka,gula, garam sedikit air..masukkan timun dan biarkan masak sekejap
  • akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong..cili api dan telur yang digoreng  tadi...
  • SIAPPPPPPPPPPPPPPPPPP..


'' BeSt....''acar telur dan timun

Monday, 19 September 2011

MAKARONI BAKAR

hari ni saya nak kongsi satu resepi yang mudah dibuat untukminumpetang atau boleh dijadikan sarapan pagi dari dapurmama. juadah ini senang sahaja..dan saya pasti rakan semua yang minat memasak tidak akan kecewa setelah mencubanya..


resepi yang ingin saya kongsi ialah ''makaroni bakar''


bahan-bahannya


..
200g makaroni direbus hingga lembut


300g udg hidup


300g ayam


1 biji cili merah


50g cendawan butang dihiris nipis


100g parutan keju ceddar


1/2 cawan daun kucai dipotong


3 ulas bwg putih

BAHAN KASTARD
5 biji telur gred A


200ml susu cair


2 camca besar mentega cair


2 camca teh tepung gandum


1 camca teh garam


1 camca teh gula


1 camca teh serbuk lada sulah


sedikit oregano( kalau x de pun takpe)

CARA-CARANYA

tumis bawang putih ...masukkan udg ..bila dh 



masak..masukkan pula daging ayam yang dipotong 


kecil..
dalam bekas besar satukan semua bahan untuk kastard 


gaul rata menggunakan wisk dan ketepikan.
satukan kastard kedalam bahan lain dan bakar selama 


30/35 minit...suhu 180 darjah celcius...

bila sudah masak..biarkan sejuk...dan potong ..bolehlh 



dimakan dengan cili sos..








Sunday, 18 September 2011

SENANGNYA MEMASAK

saya bina blog dapurmama ini kerana hobiku suka memasak...minat memasak mula timbul apabila saya melihat mak mertua saya menyediakan package katering...fooh...pelbagai jenis lauk pauk dia buatkan...seronok melihat kesungguhan dia..tambah lagi dengan sokongan...dan  dorongannya agar saya belajar pelbagai jenis kuih..

saya sentiasa  mengikuti aktiviti memasak daripada pelbagai persatuan yang dianggotai oleh mak mertua...dia seorang yang aktif...dalam berpersatuan.