Pages


SENANGNYA MEMASAK

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

MaRILaH kITA BErSaMA-sAmA mENjEnGUk dapurmama ...SemOgA semUa DapAt MaNafAAtnYa...

Sunday, 28 October 2012

CORNFLAKES BADAM RANGUP

Assalamualaikum semua...dapurmama dah agak lama menyepikan diri...biasalah...tapi sesetengah orang...ini semua bukan alasan...hehehe

Apa khabar semua.. Salam 1 Malaysia...harap-harap semua sihat sejahtera...maklumlah musim raya korban kan...ada yang pening sebab terlampau banyak makan daging...tapi kita sebagai ibu dan isteri memang tak dapat lari dari menjenguk ke dapur...so...harap semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera...insyaallah

Hari ni dapurmama berasaplah jugak...hehehe...masak gulai daging korban...TAPI.. kali ni dapurmama bukan nak berkongsi masakan gulai...dapurmama nak berkongsi cookies yang simple dan sedap. Dapurmama perolehi resepi ni dari http://mytouch-miza.blogspot.com/2011/08/cornflakes-badam-rangup.html 

Memang sedap cookies ni...terima kasih miza...hubby dan anak-anak  kakak suka sangat cookies ni sebab rangup... thanks....

oklah..ini dia resepinya...cornflakes badam rangup


- 1 3/4cwn gandum
- 1/4 cwn tepung jagung
- 3/4sdt baking powder
- 2 1/2 cwn cornflakes...(belum diramas)
- 3sdb badam hancur....sangan dulu dlm pan...atau bakar jap dlm oven dalam 5min...sambil2 pnskan oven tu

- 150g marjerin/butter
- 3/4cwn gula kastor
- 1 biji kuning telur


- 1/2cwn cornflakes...ramas ngan tangan...( ni utk digolek biskut sblm bakar)




cara cara
- cornflakes ramas ngan tgn...(saya lenyek ngan lesung batu....sakit tgn kalo ramas ngan tgn...hihi)
- ayak tepung gandum, tepung jagung & baking powder
- pukul marjerin & gula hingga putih..
- masukkan kuning telur...pukul lagi sebati
- masukkan tepung, badam, & cornflakes...gaul sebati...adunan agak lembik....
- bulat2 kan...leperkan lak....gaul dlm cornflakes hancur....susun dlm dulang pembakar
- bakar suhu 170 celcius selama 15min


Monday, 8 October 2012

Bubur Lambuk

Assalamualaikum dan jumpa lagi di dapurmama..bubur lambuk
Kali ini dapurmama nak memperkenalkan sejenis bubur. Bubur kali ini ialah " Bubur Lambuk" versi Terengganu. Bubur lambuk Terengganu amat simple cara memasak dan yang pasti sedappppp....
Jom kita tengok apa bahan yang diperlukan...

bahan-bahan

 *1 cawan beras 
 *7 cawan air ( kalau tak cukup air...masih pekat sangat bubur...tambah kemudian )
 *sayur kampung.(..pucuk paku, pucuk ubi, daun kesom, daun ulat bulu, dauk kadok dll )
 *2 biji bawang merah  ~ ditumbuk hancur
 *1 sudu lada hitam    ~ ditumbuk hancur
 *sedikit halia ~ ditumbuk hancur
*4 ekor ikan dipanggang/rebus ~ asingkan isi dari tulang dan di tumbuk hancur
*2 batang serai  ~ diketuk
*sedikit belacan / budu
*kerisik
*garam, serbuk perasa


Cara memasak

1. rebus beras hingga empuk ...maksudnya dah seperti bubur.



2. masukkan kerisik dan kacau kemudian masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi serta serai dan kacau lagi . Apabila dah sebati, masukkan garam, serbuk perasa dan sayur kampung yang telah dibersihkan.masak sehingga sayur layu dan bolehlah dihidangkan.....untuk keluarga..


Saturday, 6 October 2012

Resipi Buttercream Icing


salam 1 Malaysia....hari ini dapurmama nak berkongsi 1 lagi ilmu dalam masakan untuk kebaikan kita semua..iaitu cara membuat buttercream


Resipi Buttercream Icingbuttercream

Resipi untuk buat icing cupcake atau kek.

Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm atau 30 pcs cupcakes )
1/2 cwn shortening
1/2 cwn butter
(kalau nak warna putih, guna 1 cwn shortening, tak perlu butter)

1 sudu kecil esen vanilla
4 cwn gula icing (ayak)
2 sudu besar susu segar atau air. (Kalau guna susu segar, kena pastikan kek disimpan dalam peti sejuk dan dimakan segera. Kalau nak tahan lama, guna air sahaja pun boleh)

Cara-cara
1. Pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan perlahan.

2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai habis dan pukul lagi sampai gebu. Lepas tu masukkan susu segar atau air tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih.

3. Masukkan pewarna (guna pewarna serbuk) dalam bekas berasingan jika perlu.

Friday, 5 October 2012

KEK KAREMEL

salam sayang untuk semua yang sudi singgah kat blog dapurmama. Hari ni dapurmama telah berkongsi ilmu membuat kek karemel dengan kakak ipar. Berdebar jugak kot tak jadi...maklumlah...kalau ada org tengok semasa membuatnya...mulalah menggelabah...
alhamdulillah...ini lah hasilnyaaa..



memang sedap sangat kek ni...kalau nak tau macam mana rasanya...cubalah...ini resepinya...

bahan- bahan

* 2 sudu gula pasir ~ taburkan atas loyang dan masak sehingga cair dan perang warnanya.

A.bahan untuk karemel
- 1/2 tin susu cair
- 60g gula castor
-1/2 sudu teh vanilla
- 3 biji kuning telur

* kacau perlahan jangan berbuih kemudian tapis dan tuang kedalam loyang yang berisi gula hangus.

B. adunan kek 1

-60g gula castor
- 3 biji kuning telur
- 135ml air biasa
- 45ml minyak masak

* pukul semua bahan sehingga gebu KECUALI gula castor. apabila sudah betul betul gebu, barulah masukkan gula castor dan pukul lagi hingga gebu.


C. adunan kek 2

- 140g gandum
- 1 sudu teh baking powder

* masukkan bahan kek dua kedalam bahan kek 1 secara perlahan-lahan ( kaup balik)


D. meringue

- 6 biji putih telur
- 60g gula castor
- 1 sudu teh krim of tartar

* pukul semua sehingga putih dan gebu kemuadian masukkan bahan kek yang dicampur tadi kedalam meringue secara perlahan-lahan

* bahagi kepada 3 bahagian dan campurkan warna yang di sukai.
* sendukkan selang seli 3 warna kek tadi kedalam loyang.

~ cara membakar kek ini ialah secara steambath...iaitu...loyang diisi air dan loyang yang berisi kek diletakkan dalam loyang berisi air...bakar sehingga masak..

SELAMAT MENCUBA....KEK KAREMEL





SUKATAN DALAM MASAKAN

sukatan dalam masakan
salam semua...dah lama  dapurmama tak updated kat blog ini... Hari ini dapurmama nak share  sesuatu bagi memudahkan kerja memasak kat rumah..selepas ni takdelah lagi alasan  untuk tidak menyediakan makanan untuk keluarga tersayang..
ini salah satu perkongsian ilmu untuk kita  semua...






















Sukatan dari cawan ke gram/liter

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6  3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm
cecair
 1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz) sejenis kismis yang digunakan untuk membuat kek dan puding
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)

Sunday, 12 August 2012

PUDING BUIH

Assalamualaikum pada semua yang masih setia dengan dapurmama.  Pada hari ini dapurmama ingin berkongsi juadah untuk berbuka puasa.."puding Buih"




bahan yang diperlukan


* sebungkus agar-agar
* 6 gelas air
* 4 sudu gula
* 1 sudu esen vanilla
* 5 biji putih telur
* sedikt pewarna...ikut citarasa sendiri , dapurmama kali ini guna 2 warna iaitu merah dan hijau







# masak agar-agar dengan air sehingga larut baru masukkan gula dan esen vanilla dan pewarna yang dipilih ( dapurmama guna warna merah dan hijau )bila sudah mendidih dan gula sudah larut..biarkan sejuk sedikit..kali ni dapurmama bahagikan pada 2 bahagian..baru masukkan warna yang dikehendaki.


# putih telur hendaklah di kisar sehingga putih...maksudnya apabila diterbalikkan bekas...putih telur tadi tidak jatuh, selepas itu masukkan sedikit demi sedikit agar-agar yang sudah hampir sejuk tadi sehingga habis..pastikan mixer selalu berputar agar putih telur tadi sebati dengan agar-agar...buatlah sampai habis..pastikan semua sebati dengan mengacau selalu..barulah dimasukkan kedalam bekas.



















untuk sos/kuah


* 1/2 tin susu cair
* 1/2 tin gula
*  2 1/2 gelas air
*  3 sudu tepung kastad
*  5 biji kuning telur
*  1 tin buah-buahan campuran


# masak dengan api perlahan iaitu bahan seperti susu cair,gula dan air..( tepung kastad dicampur  dengan air agar tidak berbintil)


# apabila sudah mendidih campurkan tepung kastad tadi dan kacau sehingga mendidih sekali lagi.



masukkan buah-buahan campuran kemudian  tutup api.

Monday, 6 August 2012

kek coklat lembab

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Maaf, kerana sudah lama tak updated blog dapurmama ni, kekangan masa membuat dapurmama tak berpeluang untuk memaparkan resepi yang telah dibuat untuk keluarga tersayang.

Hari ini dapurmama telah membuat kek coklat lembab dan menjadi dessert kegemaran anak-anak.

Kek coklat yang dapurmama buat ni memang lembab dan senang cara membuatnya.





Disini dapurmama nak berkongsi resepi dan harap dapat memuaskan hati penggemar kek  terutama yang suka makan kek coklat.

BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan A

3 cawan gandum
1 cawan koko
1 1/4 st baking powder
1 1/4 st soda bikabonat

Bahan B

2 1/2 cawan gula kasar
250 g butter
11/2 cawan air suam

- 6 biji telur gred A ( kuning dan putih diasingkan)


Cara-caranya

1. Ayak bahan A
2. Campurkan semua bahan B
3. Satukan bahan B dan A bila sudah sebati, masukkan 6 biji kuning telur - kacau sebati
4. pukul putih telur sehingga putih...maksudnya bila diterbalikkan, putih telur tidak jatuh.
5. masukkan putih telur yang telah kembang kedalam bahan yg telah disatukan...kacau lagi hingga sebati.

bakar selama 45 minit .

Topping

- 8 sudu gula icing
- 4 sudu koko
- sedikit air

* kacau biar likat dan masak sehingga mendidih, masukkan 1 sudu butter..(utk nampak berkilat topping)


selamat mencuba semua....

Friday, 13 April 2012

SINGGANG PEDAS IKAN PARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sudah lama saya tak updated blog dapurmama..kesuntukan masa tak mengizinkan saya berkongsi masakan yang  dihidangkan untuk keluarga.

Tapi hari ini saya cuba mencuri sedikit masa untuk berkongsi masakan yang saya hidangkan untuk makan tengahari keluarga .

Ini merupakan lauk kegemaran keluarga kami jugak...iaitu ''ikan pari''...hari ini saya masak ''singgang pedas ikan pari''

bahan-bahan

1 ekor ikan pari sederhana besar...dipotong mengikut saiz yang disukai
1/2 inci lengkuas
1/4 inci kunyit
2 biji bawang kecil
1 biji bawang putih
4 biji cili padi..(kalau suka pedas boleh tambah lagi)
sedikit belacan
daun kesom
2 keping asam keping
garam

cara-cara

- tumbuk semua bahan hingga hancur  kecuali belacan,daun kesom dan asam keping.
masukkan bahan yang siap ditumbuk tadi kedalam periuk yang berisi ikan pari, masukkan air agak-agak ikan pari itu terendam sahaja. jangan terlalu banyak air nanti tak manis rasa kuah. belacan, asam keping, garam dan daun kesom  dimasukkan lalu direbus ikan pari hingga masak.

cubalah..sedap dan menyelerakan

Thursday, 12 April 2012

ketupat sotong

Assalamualaikum semua,
Sudah lama dapurmama tak updated blog masakan yang tak seberapa ini. Hari ini dapurmama akan berkongsi satu masakan tradisional dari negeri pantai timur. Masakan ini memang kegemaran kami sekeluarga. 
makanan yang dapurmama ingin berkongsi ialah
"Ketupat Sotong"
bahan-bahan yang diperlukan ialah

1 kg sotong - bersihkan dan buang kulit sotong supaya ia nampak putih
1biji bawang kecil - dimayang halus
1 inci halia - dihiris halus
secawan beras pulut - dicuci dan rendam sekejap dalam sedikit santan
300g santan
segelas air
sedikit halba
garam
gula
lidi untuk dicucuk pada sotong

cara memasak
ketupat sotong
* masukkan beras pulut 1/3 dalam sotong  dan dicucuk dengan lidi supaya beras pulut tidak terkeluar dari badan sotong- jangan diisi penuh nanti bila direbus beras pulut akan terkeluar * maskkan semua sotong yang telah siap diisi dengan beras pulut ke dalam periuk yang diisi air dan direbus sehingga beras pulut masak
* apabila sotong dan pulut sudah masak direbus. masukkan santan dan semua bahan lain dan dimasak dengan api yang perlahan sambil dikacau
* bila santan sudah menggelegak sekejap, padamkan api

Akhir sekali . . . .HiDaNG. . . yuMmY!!!!


Selamat Mencuba. . .amyxie888ketupatsotong

Saturday, 17 March 2012

Masak Ikan Gulai Darat

Assalamualaikum semua,
Sudah agak lama dapurmama tak updated blog...kerana kekangan masa. Bukannya lupa pada blog yang baru sahaja usia setahun jagung..

Hari ini dapurmama ingin berkongsi lauk yang jadi kegemaran keluarga terutama anak-anak. bukan semua jenis ikan yang keluarga dapurmama gulai ikansuka apabila dimasak gulai( orang Terengganu sebut ''gulai'' utk kari ). Orang Terengganu namakan ikan ni  ''ikan jebon'' tapi kalau negeri lain tak tahulah nama apa ikan ni..isinya rasa kenyal macam daging ayam, ada juga orang namakan ikan ni '' ayam laut''.entahlah...asalkan sedap ok jee..tak kira nama apa.. satu lagi keunikan ikan ni..sebelum dimasak....kulitnya harus ditanggalkan kerana kulitnya memang keras dan tak dimakan kulit seperti kebanyakan jenis ikan lain.  oklah jom kita cuba masakan dari dapurmama in..harap ada yang sudi mencubanya.


Bahan - bahan

1 ekor ikan ( 1.5 kg) -dipotong dan dibersihkan
1 sudu ketumbar - dtumbuk hancur
1 sudu jintan manis - ditumbuk hancur
1/2 inci kunyit - dtumbuk hancur
1/2 inci halia- dtumbuk hancur
1/2 inci lengkuas- dtumbuk hancur
2 ulas bawang putih - dtumbuk hancur
4 biji bawang kecil - dtumbuk hancur
2 sudu cili giling
3 sudu rempah kampung
sedikit daun kesom
1 keping asam keping
200gm santan pekat
1 cawan air ( kalau nampak pekat boleh di tambah lagi air )
1 sudu kerisik
garam, gula secukup rasa,
sedikit minyak utk menumis


cara memasak


1. campurkan semua bahan yang ditumbuk dengan rempah hingga sebati.
2. panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang telah dicmapur tadi, dikacau sehingga sedikit garing
    barulah masukkan cili giling tadi dan kacau lagi sehingga naik bau.
3. apabila sudah naik bau masukkan 1 cawan air dan semua bahan lain kecuali ikan dan santan, masak lagi
    sehingga mendidih barulah masukkan ikan dan santan, kacau perlahan-lahan supaya santan tidak tumpah.
4. masak sekejap hingga mendidih dengan api yang kecil supaya santan tak keluar.

emm  itu ajeee.. harap  kita semua dapat berkongsi resepi ini ya...

Selamat Mencuba.....