Pages
SENANGNYA MEMASAK
ASSALAMUALAIKUM w.b.t
MaRILaH kITA BErSaMA-sAmA mENjEnGUk dapurmama ...SemOgA semUa DapAt MaNafAAtnYa...
Friday, 10 April 2015
Wednesday, 1 May 2013
masak lemak nangka muda
Assalamualaikum dan Salam Semua 1 Malaysia...
Alhamdulillah..hari ini dapurmama berkesempatan untuk menjenguk blog yang dah lama sepi kerana kesibukan sebagai penjawat awam yang bermacam-macam perlu dibereskan disamping tugas sebagai wanita..!@ mama kepada anak-anakku yang comel..
Kebetulan petang semalam pergi ke rumah seorang kenalan rapat dan ibunya telah memberikan nangka muda untuk dibawa pulang..Apa lagi...seronoklah...hari ni kan cuti...1 Mei..hari pekerja@hari buruh...hihi.
Nangka muda free dapurmama nak masak lemak ...dah lama tak makan..best jugak...so...apalagi..
Bahan-bahannya....
~ 1 keping nangka muda..dipotong dan dicelur ( utk hilangkan getah pada nangka) dan toskan .
~ 2 biji bawang kecil - ditumbuk hancur
~ 1 ulas bawang putih -ditumbuk hancur
~ 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk hancur
~ 1 ekor ikan kembung yang dipanggang/rebus @ udang kering- kalau suka
~ 1 keping asam gelugur/asam keping,
~ sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup - ditumbuk hancur
~ secawan santan pekat
~ secawan air kosong
~ sedikit gula, garam, perasa,
Cara-caranya..
# masukkan semua bahan kedalam periuk dan rebus sehingga santan menggelegak...pastikan sentiasa dikacau dan api hendaklah kecil supaya santan tak berkumpul.kat atas periuk..( menunggu nak keluar je).kalau santan dah berasingan ngan air..maka taklah lemak lauk kita ni...
# bila santan dah menggelegak..masukkan nangka yang dah dicelur masak sekejap sehingga menggelegak sekejap..teruslah ditutup api. Jangan lama sangat nanti pecah minyak..tak sedapppp...
SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK-ADIK YANG BARU NAK BELAJAR MEMASAK....
nangka masak lemak

Saturday, 30 March 2013
puding tauhu
Assalamualaikum .... salam 1 malaysia
panas betul cuaca hari ni...fooh..sedap kalau dapat makan makanan yang buat tekak rasa sejukk...di pikir-pikir..takkan nak telan ais...hahahha..koya betul aku ni...
emmm so dapurmama terpikir masak dessert untuk petang ni... " puding tauhu" sedap jugak yeee.....
oklah inilah bahan untuk "puding tauhu"
A) 1/2 paket agar-agar bertali
6 gelas air
# masak bahan A diatas hingga hancur
B) 4 gelas santan
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 sudu serbuk perasa kelapa ( jenama Nona)
C) 1 tin buah laici/ koktel
# campurkan semua bahan B
CARA-CARANYA
- apabila bahan A sudah hancur..masukkan bahan B ke dalam periuk bahan A, masak hingga mendidih sekejap sahaja..biarkan suam-suam sikit barulah dituang kedalam bekas yang berkenan dihati.
SIRAP
2 cawan gula + 4 gelas air + air buah laici + daun pandan..masak sehingga gula hancur...
# apabila puding sudah sejuk, barulah taburkan buah laci/koktel atas pudingpuding tauhu
kemudian masukkan sirap secara perlahan-lahan..hati-hati tau..then simpan dalam peti ais...apabila hendak makan barulah dicedok...hihi..makan sejuk2 sedaappppp..CUBALAHHH..BERBALOI BUAT PUDING NIII...

Wednesday, 27 March 2013
roti jala kari ayam
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
dah lama tak menjala...hehehe..so hari ni dapurmama nak buat roti jala berkuah kari ayam..untuk makan petang. emmm anak-anak pun dah mula berangan..nak tengok dapurmama menjala...kat dapur...
okeylah...bahan-bahannya memang mudah jee..
bahan untuk roti jalaroti jala kari ayam
*sekilo gandum
*1200ml air..kalau terlalu pekat..tambahkan air sedikit- sedikit..jangan terlalu cair..agak-agaklah yaa.
* secubit garam
* 2 sudu margerin
* sedikit kunyit
* 2 biji telur ayam
~ dapurmama kisar semua dalam pengisar.. hehe..nak kerja senang..masak mesti cari cara yang memudahkan kita membuatnyaa...barulah seronok...
~ bila dah semua ok..bolehlah mula menjala..sampai siap..hehehe..
untuk kuah kari ayam
1/2 ekor ayam..dipotong kecil
3 biji bawang merah - ditumbuk lumat
1 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
1/2 inci lengkuas - ditumbuk lumat
1/2 inci halia - ditumbuk lumat
2 sudu serbuk kari..alagapas
2 tangkai daun kari
2 sudu cili giling
3 sudu minyak masak
400ml santan pekat
asam jawa, garam, gula
cara membuat kuah kari
- panaskan minyak masak..pastu masukkan bahan yang ditumbuk lumat, daun kari, serbuk kari dan cili giling..tumis sehingga naik bau. masukkan santan ,asam jawa, garam, gula dan kacau lagi sehingga mendidih baru masukkan ayam, masak lagi sehingga mendidih dan kecilkan api sekejap, bila dah rasa ok kari ayam tu..tutuplah api..boleh dihidangkan bersama roti jala..SELAMAT MENCUBAAA....

kerabu taugeh
assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
seperti biasa..dapurmama nak kongsi resepi yang boleh buat pembuka selera terutama orang yang baru baik demam...mulut pun masih terasa pahit...selera tak berapa ada...hehehe...maklumlah..sesekali kita ni diberi sedikit ujian dariNya...bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik...bolehlah masak makanan untuk keluarga...
ok lah...resepi dapurmama hari ni..simple je... "kerabu taugehkerabu taugeh "
"kerabu Taugeh"
bahan-bahan
.- taugeh..lebih kurang 2 genggamlah..
*. sebiji bawang merah/kecil
*.1 biji cili merah/cili padi (kalau suka pedas )
*.1 sudu udang kering
-kelapa parut
- daun kesom dimayam halus
gula, garam, cuka, air asam jawa
cara-caranya
bahan yang bertanda * ditumbuk lumat kemudian gaulkan kedalam semua bahan..lain dalam 1 bekas...DAH SIAPPP..untuk dimakan...senang kannnn...

Friday, 8 March 2013
ais krim vanilla dan strawberi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Semua..
Dah banyak kali dapurmama nampak kat wall tentang "ice cream homemade" So salah satu resepi dapurmama berkenan dan telah cuba.Ini lah hasilnya...
Ice Cream Vanilla & Strawberry
Dah banyak kali dapurmama nampak kat wall tentang "ice cream homemade" So salah satu resepi dapurmama berkenan dan telah cuba.Ini lah hasilnya...
Ice Cream Vanilla & Strawberry
Bahan-bahannya..
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
1 biji telur
1 sudu ovallet
2 sudu susu tepung
1 sudu esen vnilla
Cara membuatnya
- susu cair, gula dan ovallet dipukul dengan speed yang paling kuat.
pukul sehingga kembang dan putih barulah campurkan susu tepung
dan esen vanilla.
- masukkan dalam peti ais selama 30 minit dan putar lagi...ulang sebanyak 3 kali baharulah campurkan susu tepung dan esen vanilla.
- Apabila dah dicampurkan perisa yang dikehendaki..simpan dalam peti ais semalaman barulah elok.
Sunday, 24 February 2013
tenggiri masak lemak cili api
Salam 1 Malaysia...
" masak lemak cili api "..nama lauk ni atau masakan ni memang dah sinonim dengan orang nogori...hee..hehe...pedasnya memang tak tahu nak cakaplah...
dapurmama pernah makan masakan ni semasa pergi ke rumah seorang teman kat Negeri Sembilan...tergaru-garu kepala kami sekeluarga kerana kepedasannya....hahaha..
bila teringatkan peristiwa tu..nak tergelak pulak sebab, ingatkan kepedasannya macam dapurmama masak kat rumah.
" masak lemak cili api" versi Teganung kita..berbeza dengan Nogori Sembilan....So, kali ni jom dapurmama share resepi ..
- 4 keping ikan tenggiri..( boleh jugak guna ikan lain..cita rasa masing-masing yee)
- 1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
- 2 biji bawang kecil - ditumbuk halus
- 2 batang serai - ditiik
- 5 biji cili padi - ditumbuk hancur
- 1 keping asam gelugur
- sedikit kunyit, garam
Cara-Cara membuatnya..
masukkan kesemua bahan kedalam periuk kecuali ikan . masak guna api yang perlahan dan selalu dikacau agar santan tidak berketul. Bila santan telah mendidih brulah masukkan ikan tadi..dan kacau perlahan-lahan agar ikan tidak hancur...bila sudah menggelegak..tutup api dan bolehlah dihidangkan...
selamat mencuba semua...tenggiri masak lemak cili api

Wednesday, 13 February 2013
Puding Triffle
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...dessert yang dapurmama nak kongsi kali ini.. memang dah biasa dibuat oleh semua orang...iaitu "Puding Triffle"Jom kita berkongsi resepi...
Bahan untuk 10 org makan.
1 tin susu cair
1 tin susu air
6 sudu gula
4 sudu kastard
½ tin air ( untuk dicampur dengan kastard)
1 paket agar-agar jelly
kristal – jenama nona
1 tin buah campuran
½ kek gulung
400ml air
Cara-cara membuatnya..
1. Potong kek dan
susun dalam bekas yang sesuai dan disiram dengan air buah campuran.
2. campurkan susu
cair dengan 1 tin air..di masak dengan api kecil hingga mendidih, hendaklah
selalu dikacau. Apabila sudah mengelegak susu barulah masukkan kastard yang
telah dibancuh dengan ½ tin air tadi. Kacau sehingga pekat.
3. Tuangkan kastard ke dalam bekas yang telah disusun kek
tadi.
4. Susun / taburkan buah-buahan campuran ke atas kastard
tadi.
4. Masakkan 1 paket agar-agar jelly kristal bersama 400ml
air, biar menggelegak sekejap. Apabila dah sejuk sedikit..tuang perlahan-lahan
keatas kastard tadi.
5. Pukul whipping cream sehingga kental daln masukkan ke dalam piping beg..dapurmama menggunakan nozzle bintang untuk membuat bunga seperti di atas. Picit whipping cream atas jelly mengikut kreativiti masing-masing.
6. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan...sbb sedap dimakan apabila sejuk.
SELAMAT MENCUBA.....
Tuesday, 12 February 2013
Kek Lapis Oreo
Salam semua..Salam 1 Malaysia. Hari ni dapurmama mula nak updated blog...hehehe...sorry sebab lama menyepikan diri. Kali ini dapurmama nak berkongsi resepi " Kek Lapis Oreokek lapis oreo". Resepi ini dapurmama perolehi dari rakan sepermaianan maya iaitu Ziehan Sapie...hihi
Resepinya ialah...
- 1 cwn t.gandum
- 1/3 cwn holick
- 5 biji telor
- 1/2 cwn gula halus
- 200gm majerin
- 1/3 cwn susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanila
- pewarna ikot suke
- biskut oreo secukupnye,buang krim yg ditengah2 tau
- 1/3 cwn holick
- 5 biji telor
- 1/2 cwn gula halus
- 200gm majerin
- 1/3 cwn susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanila
- pewarna ikot suke
- biskut oreo secukupnye,buang krim yg ditengah2 tau
CARA2NYA;
- ayak tepung gandum dgn holick dan ketepikan dulu.
- ayak tepung gandum dgn holick dan ketepikan dulu.
-pukul majerin dgn gula sampai kembang pastu masukkan telor satu persatu kemudian masukkan susu dan pukul lagi.
- masukkan tepung yg di ayak dgn holick tadi sikit2 sampai habis
masukkan esen vanila pukul sampai sebati.
- bahagikan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna ikut kesukaan.
- sapu loyang dgn majerin, kemudian masukkan adunan tadi
bahagian petama ratakan dan susun biskut oreo tadi dan kukus selama 10 minit.
- dah masak masukkan bahagian ke 2 tadi ratakan dan susun biskut
oreo. kukus 10 minit dan seterusnye selang selikan yg terakhir nanti pastikan jgn
disusun oreo biarkan kosong kukus lame sikit dlm 15 minit.cucuk dgn lidi kalau nak
tahu masak ke tidak.selamat mencuba.
Sunday, 28 October 2012
CORNFLAKES BADAM RANGUP
Assalamualaikum semua...dapurmama dah agak lama menyepikan diri...biasalah...tapi sesetengah orang...ini semua bukan alasan...hehehe
Apa khabar semua.. Salam 1 Malaysia...harap-harap semua sihat sejahtera...maklumlah musim raya korban kan...ada yang pening sebab terlampau banyak makan daging...tapi kita sebagai ibu dan isteri memang tak dapat lari dari menjenguk ke dapur...so...harap semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera...insyaallah
Hari ni dapurmama berasaplah jugak...hehehe...masak gulai daging korban...TAPI.. kali ni dapurmama bukan nak berkongsi masakan gulai...dapurmama nak berkongsi cookies yang simple dan sedap. Dapurmama perolehi resepi ni dari http://mytouch-miza.blogspot.com/2011/08/cornflakes-badam-rangup.html
Memang sedap cookies ni...terima kasih miza...hubby dan anak-anak kakak suka sangat cookies ni sebab rangup... thanks....
oklah..ini dia resepinya...cornflakes badam rangup
- 1 3/4cwn gandum
- 1/4 cwn tepung jagung
- 3/4sdt baking powder
- 2 1/2 cwn cornflakes...(belum diramas)
- 3sdb badam hancur....sangan dulu dlm pan...atau bakar jap dlm oven dalam 5min...sambil2 pnskan oven tu
- 150g marjerin/butter
- 3/4cwn gula kastor
- 1 biji kuning telur
- 1/2cwn cornflakes...ramas ngan tangan...( ni utk digolek biskut sblm bakar)
cara cara
- cornflakes ramas ngan tgn...(saya lenyek ngan lesung batu....sakit tgn kalo ramas ngan tgn...hihi)
- ayak tepung gandum, tepung jagung & baking powder
- pukul marjerin & gula hingga putih..
- masukkan kuning telur...pukul lagi sebati
- masukkan tepung, badam, & cornflakes...gaul sebati...adunan agak lembik....
- bulat2 kan...leperkan lak....gaul dlm cornflakes hancur....susun dlm dulang pembakar
- bakar suhu 170 celcius selama 15min

Monday, 8 October 2012
Bubur Lambuk
Assalamualaikum dan jumpa lagi di dapurmama..bubur lambuk
Kali ini dapurmama nak memperkenalkan sejenis bubur. Bubur kali ini ialah " Bubur Lambuk" versi Terengganu. Bubur lambuk Terengganu amat simple cara memasak dan yang pasti sedappppp....
Jom kita tengok apa bahan yang diperlukan...
bahan-bahan
*1 cawan beras
*7 cawan air ( kalau tak cukup air...masih pekat sangat bubur...tambah kemudian )
*sayur kampung.(..pucuk paku, pucuk ubi, daun kesom, daun ulat bulu, dauk kadok dll )
*2 biji bawang merah ~ ditumbuk hancur
*1 sudu lada hitam ~ ditumbuk hancur
*sedikit halia ~ ditumbuk hancur
*4 ekor ikan dipanggang/rebus ~ asingkan isi dari tulang dan di tumbuk hancur
*2 batang serai ~ diketuk
*sedikit belacan / budu
*kerisik
*garam, serbuk perasa
Cara memasak
1. rebus beras hingga empuk ...maksudnya dah seperti bubur.
2. masukkan kerisik dan kacau kemudian masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi serta serai dan kacau lagi . Apabila dah sebati, masukkan garam, serbuk perasa dan sayur kampung yang telah dibersihkan.masak sehingga sayur layu dan bolehlah dihidangkan.....untuk keluarga..

Saturday, 6 October 2012
Resipi Buttercream Icing
salam 1 Malaysia....hari ini dapurmama nak berkongsi 1 lagi ilmu dalam masakan untuk kebaikan kita semua..iaitu cara membuat buttercream
Resipi Buttercream Icingbuttercream
Resipi untuk buat icing cupcake atau kek.
Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm atau 30 pcs cupcakes )
1/2 cwn shortening
1/2 cwn butter
(kalau nak warna putih, guna 1 cwn shortening, tak perlu butter)
1 sudu kecil esen vanilla
4 cwn gula icing (ayak)
2 sudu besar susu segar atau air. (Kalau guna susu segar, kena pastikan kek disimpan dalam peti sejuk dan dimakan segera. Kalau nak tahan lama, guna air sahaja pun boleh)
Cara-cara
1. Pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan perlahan.
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai habis dan pukul lagi sampai gebu. Lepas tu masukkan susu segar atau air tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih.
3. Masukkan pewarna (guna pewarna serbuk) dalam bekas berasingan jika perlu.

Friday, 5 October 2012
KEK KAREMEL
salam sayang untuk semua yang sudi singgah kat blog dapurmama. Hari ni dapurmama telah berkongsi ilmu membuat kek karemel dengan kakak ipar. Berdebar jugak kot tak jadi...maklumlah...kalau ada org tengok semasa membuatnya...mulalah menggelabah...
alhamdulillah...ini lah hasilnyaaa..
memang sedap sangat kek ni...kalau nak tau macam mana rasanya...cubalah...ini resepinya...
bahan- bahan
* 2 sudu gula pasir ~ taburkan atas loyang dan masak sehingga cair dan perang warnanya.
A.bahan untuk karemel
- 1/2 tin susu cair
- 60g gula castor
-1/2 sudu teh vanilla
- 3 biji kuning telur
* kacau perlahan jangan berbuih kemudian tapis dan tuang kedalam loyang yang berisi gula hangus.
B. adunan kek 1
-60g gula castor
- 3 biji kuning telur
- 135ml air biasa
- 45ml minyak masak
* pukul semua bahan sehingga gebu KECUALI gula castor. apabila sudah betul betul gebu, barulah masukkan gula castor dan pukul lagi hingga gebu.
C. adunan kek 2
- 140g gandum
- 1 sudu teh baking powder
* masukkan bahan kek dua kedalam bahan kek 1 secara perlahan-lahan ( kaup balik)
D. meringue
- 6 biji putih telur
- 60g gula castor
- 1 sudu teh krim of tartar
* pukul semua sehingga putih dan gebu kemuadian masukkan bahan kek yang dicampur tadi kedalam meringue secara perlahan-lahan
* bahagi kepada 3 bahagian dan campurkan warna yang di sukai.
* sendukkan selang seli 3 warna kek tadi kedalam loyang.
~ cara membakar kek ini ialah secara steambath...iaitu...loyang diisi air dan loyang yang berisi kek diletakkan dalam loyang berisi air...bakar sehingga masak..
SELAMAT MENCUBA....KEK KAREMEL

SUKATAN DALAM MASAKAN
sukatan dalam masakan
salam semua...dah lama dapurmama tak updated kat blog ini... Hari ini dapurmama nak share sesuatu bagi memudahkan kerja memasak kat rumah..selepas ni takdelah lagi alasan untuk tidak menyediakan makanan untuk keluarga tersayang..
Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)
Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm
cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter
sukatan cawan ke gram (oz)
1 cup plain flour = 125g( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz) sejenis kismis yang digunakan untuk membuat kek dan puding
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)
Sunday, 12 August 2012
PUDING BUIH
Assalamualaikum pada semua yang masih setia dengan dapurmama. Pada hari ini dapurmama ingin berkongsi juadah untuk berbuka puasa.."puding Buih"
bahan yang diperlukan
* sebungkus agar-agar
* 6 gelas air
* 4 sudu gula
* 1 sudu esen vanilla
* 5 biji putih telur
* sedikt pewarna...ikut citarasa sendiri , dapurmama kali ini guna 2 warna iaitu merah dan hijau
# masak agar-agar dengan air sehingga larut baru masukkan gula dan esen vanilla dan pewarna yang dipilih ( dapurmama guna warna merah dan hijau )bila sudah mendidih dan gula sudah larut..biarkan sejuk sedikit..kali ni dapurmama bahagikan pada 2 bahagian..baru masukkan warna yang dikehendaki.
# putih telur hendaklah di kisar sehingga putih...maksudnya apabila diterbalikkan bekas...putih telur tadi tidak jatuh, selepas itu masukkan sedikit demi sedikit agar-agar yang sudah hampir sejuk tadi sehingga habis..pastikan mixer selalu berputar agar putih telur tadi sebati dengan agar-agar...buatlah sampai habis..pastikan semua sebati dengan mengacau selalu..barulah dimasukkan kedalam bekas.

untuk sos/kuah
* 1/2 tin susu cair
* 1/2 tin gula
* 2 1/2 gelas air
* 3 sudu tepung kastad
* 5 biji kuning telur
* 1 tin buah-buahan campuran
# masak dengan api perlahan iaitu bahan seperti susu cair,gula dan air..( tepung kastad dicampur dengan air agar tidak berbintil)
# apabila sudah mendidih campurkan tepung kastad tadi dan kacau sehingga mendidih sekali lagi.
masukkan buah-buahan campuran kemudian tutup api.
Monday, 6 August 2012
kek coklat lembab
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
Maaf, kerana sudah lama tak updated blog dapurmama ni, kekangan masa membuat dapurmama tak berpeluang untuk memaparkan resepi yang telah dibuat untuk keluarga tersayang.
Hari ini dapurmama telah membuat kek coklat lembab dan menjadi dessert kegemaran anak-anak.
Kek coklat yang dapurmama buat ni memang lembab dan senang cara membuatnya.
Disini dapurmama nak berkongsi resepi dan harap dapat memuaskan hati penggemar kek terutama yang suka makan kek coklat.
BAHAN YANG DIPERLUKAN
Bahan A
3 cawan gandum
1 cawan koko
1 1/4 st baking powder
1 1/4 st soda bikabonat
Bahan B
2 1/2 cawan gula kasar
250 g butter
11/2 cawan air suam
- 6 biji telur gred A ( kuning dan putih diasingkan)
Cara-caranya
1. Ayak bahan A
2. Campurkan semua bahan B
3. Satukan bahan B dan A bila sudah sebati, masukkan 6 biji kuning telur - kacau sebati
4. pukul putih telur sehingga putih...maksudnya bila diterbalikkan, putih telur tidak jatuh.
5. masukkan putih telur yang telah kembang kedalam bahan yg telah disatukan...kacau lagi hingga sebati.
bakar selama 45 minit .
Topping
- 8 sudu gula icing
- 4 sudu koko
- sedikit air
* kacau biar likat dan masak sehingga mendidih, masukkan 1 sudu butter..(utk nampak berkilat topping)
selamat mencuba semua....

Friday, 13 April 2012
SINGGANG PEDAS IKAN PARI
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sudah lama saya tak updated blog dapurmama..kesuntukan masa tak mengizinkan saya berkongsi masakan yang dihidangkan untuk keluarga.
Tapi hari ini saya cuba mencuri sedikit masa untuk berkongsi masakan yang saya hidangkan untuk makan tengahari keluarga .
Ini merupakan lauk kegemaran keluarga kami jugak...iaitu ''ikan pari''...hari ini saya masak ''singgang pedas ikan pari''
bahan-bahan
1 ekor ikan pari sederhana besar...dipotong mengikut saiz yang disukai
1/2 inci lengkuas
1/4 inci kunyit
2 biji bawang kecil
1 biji bawang putih
4 biji cili padi..(kalau suka pedas boleh tambah lagi)
sedikit belacan
daun kesom
2 keping asam keping
garam
cara-cara
- tumbuk semua bahan hingga hancur kecuali belacan,daun kesom dan asam keping.
masukkan bahan yang siap ditumbuk tadi kedalam periuk yang berisi ikan pari, masukkan air agak-agak ikan pari itu terendam sahaja. jangan terlalu banyak air nanti tak manis rasa kuah. belacan, asam keping, garam dan daun kesom dimasukkan lalu direbus ikan pari hingga masak.
cubalah..sedap dan menyelerakan
Thursday, 12 April 2012
ketupat sotong
Assalamualaikum semua,
Sudah lama dapurmama tak updated blog masakan yang tak seberapa ini. Hari ini dapurmama akan berkongsi satu masakan tradisional dari negeri pantai timur. Masakan ini memang kegemaran kami sekeluarga.
makanan yang dapurmama ingin berkongsi ialah
"Ketupat Sotong"
bahan-bahan yang diperlukan ialah
1 kg sotong - bersihkan dan buang kulit sotong supaya ia nampak putih
1biji bawang kecil - dimayang halus
1 inci halia - dihiris halus
secawan beras pulut - dicuci dan rendam sekejap dalam sedikit santan
300g santan
segelas air
sedikit halba
garam
gula
lidi untuk dicucuk pada sotong
cara memasak
ketupat sotong
* masukkan beras pulut 1/3 dalam sotong dan dicucuk dengan lidi supaya beras pulut tidak terkeluar dari badan sotong- jangan diisi penuh nanti bila direbus beras pulut akan terkeluar * maskkan semua sotong yang telah siap diisi dengan beras pulut ke dalam periuk yang diisi air dan direbus sehingga beras pulut masak
* apabila sotong dan pulut sudah masak direbus. masukkan santan dan semua bahan lain dan dimasak dengan api yang perlahan sambil dikacau
* bila santan sudah menggelegak sekejap, padamkan api
Akhir sekali . . . .HiDaNG. . . yuMmY!!!!
Selamat Mencuba. . .amyxie888ketupatsotong
Sudah lama dapurmama tak updated blog masakan yang tak seberapa ini. Hari ini dapurmama akan berkongsi satu masakan tradisional dari negeri pantai timur. Masakan ini memang kegemaran kami sekeluarga.
makanan yang dapurmama ingin berkongsi ialah
"Ketupat Sotong"
bahan-bahan yang diperlukan ialah
1 kg sotong - bersihkan dan buang kulit sotong supaya ia nampak putih
1biji bawang kecil - dimayang halus
1 inci halia - dihiris halus
secawan beras pulut - dicuci dan rendam sekejap dalam sedikit santan
300g santan
segelas air
sedikit halba
garam
gula
lidi untuk dicucuk pada sotong
cara memasak
ketupat sotong* apabila sotong dan pulut sudah masak direbus. masukkan santan dan semua bahan lain dan dimasak dengan api yang perlahan sambil dikacau
* bila santan sudah menggelegak sekejap, padamkan api
Akhir sekali . . . .HiDaNG. . . yuMmY!!!!
Selamat Mencuba. . .amyxie888ketupatsotong
Saturday, 17 March 2012
Masak Ikan Gulai Darat
Assalamualaikum semua,
Sudah agak lama dapurmama tak updated blog...kerana kekangan masa. Bukannya lupa pada blog yang baru sahaja usia setahun jagung..
Hari ini dapurmama ingin berkongsi lauk yang jadi kegemaran keluarga terutama anak-anak. bukan semua jenis ikan yang keluarga dapurmama gulai ikansuka apabila dimasak gulai( orang Terengganu sebut ''gulai'' utk kari ). Orang Terengganu namakan ikan ni ''ikan jebon'' tapi kalau negeri lain tak tahulah nama apa ikan ni..isinya rasa kenyal macam daging ayam, ada juga orang namakan ikan ni '' ayam laut''.entahlah...asalkan sedap ok jee..tak kira nama apa.. satu lagi keunikan ikan ni..sebelum dimasak....kulitnya harus ditanggalkan kerana kulitnya memang keras dan tak dimakan kulit seperti kebanyakan jenis ikan lain. oklah jom kita cuba masakan dari dapurmama in..harap ada yang sudi mencubanya.
Bahan - bahan
1 ekor ikan ( 1.5 kg) -dipotong dan dibersihkan
1 sudu ketumbar - dtumbuk hancur
1 sudu jintan manis - ditumbuk hancur
1/2 inci kunyit - dtumbuk hancur
1/2 inci halia- dtumbuk hancur
1/2 inci lengkuas- dtumbuk hancur
2 ulas bawang putih - dtumbuk hancur
4 biji bawang kecil - dtumbuk hancur
2 sudu cili giling
3 sudu rempah kampung
sedikit daun kesom
1 keping asam keping
200gm santan pekat
1 cawan air ( kalau nampak pekat boleh di tambah lagi air )
1 sudu kerisik
garam, gula secukup rasa,
sedikit minyak utk menumis
cara memasak
1. campurkan semua bahan yang ditumbuk dengan rempah hingga sebati.
2. panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang telah dicmapur tadi, dikacau sehingga sedikit garing
barulah masukkan cili giling tadi dan kacau lagi sehingga naik bau.
3. apabila sudah naik bau masukkan 1 cawan air dan semua bahan lain kecuali ikan dan santan, masak lagi
sehingga mendidih barulah masukkan ikan dan santan, kacau perlahan-lahan supaya santan tidak tumpah.
4. masak sekejap hingga mendidih dengan api yang kecil supaya santan tak keluar.
emm itu ajeee.. harap kita semua dapat berkongsi resepi ini ya...
Selamat Mencuba.....

Thursday, 1 December 2011
BREAD PUDDING KAREMAL
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
cuti sekolah telah bermula dan saya sekeluarga telah pergi menziarahi keluarga terdekat iaitu saya banyak menghabiskan masa di rumah adik dan kakak ipar di kemaman..
hari ini dapurmama ingin berkongsi resepi dengan kawan-kawan semua iaitu '' bread pudding karemal''
resepi ini saya perolehi daripada kakak ipar..dan sungguh senang untuk membuat dessert ini..
Oleh kerana permintaan dari anak-anak yang sebelum ini tidak puas hati kerana tak dapat makan dessert dengan sepuas hati mereka semasa berada di rumah kakak ipar saya...
So..ini lah bahan yang diperlukan
*beberapa keping roti
*250g whipping cream
*250g susu UHT
*100g gula kastor
*5 biji telur
*esen vanilla
Cara-cara memasak
- campur semua bahan kecuali roti
- potong roti dan susun dalam bekas, tuang bahan yang dicampur dengan berhati-hati..
- bakar secara double boiler selama 25 minit
# di makan
amyxie888bread pudding karemal
cuti sekolah telah bermula dan saya sekeluarga telah pergi menziarahi keluarga terdekat iaitu saya banyak menghabiskan masa di rumah adik dan kakak ipar di kemaman..
hari ini dapurmama ingin berkongsi resepi dengan kawan-kawan semua iaitu '' bread pudding karemal''
resepi ini saya perolehi daripada kakak ipar..dan sungguh senang untuk membuat dessert ini..
Oleh kerana permintaan dari anak-anak yang sebelum ini tidak puas hati kerana tak dapat makan dessert dengan sepuas hati mereka semasa berada di rumah kakak ipar saya...
So..ini lah bahan yang diperlukan*beberapa keping roti
*250g whipping cream
*250g susu UHT
*100g gula kastor
*5 biji telur
*esen vanilla
Cara-cara memasak
- campur semua bahan kecuali roti
- potong roti dan susun dalam bekas, tuang bahan yang dicampur dengan berhati-hati..
- bakar secara double boiler selama 25 minit

amyxie888bread pudding karemal
Subscribe to:
Posts (Atom)